Loading...

Selamat Datang ke Extension Delivery System

Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pengembangan Pertanian

Temui pelbagai informasi berkaitan pertanian dengan mudah melalui platform EDS yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Tujuan platform ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat terkini kepada masyarakat.

Seksyen Pengembangan & Transformasi Teknologi Pertanian (SPTTP)

Seksyen Pengembangan & Transformasi Teknologi Pertanian merupakan pengerak dan penyelaras perkhidmatan pengembangan pertanian jabatan.

Skop

Memberi khidmat sokongan latihan kepakaran dan teknikal Amalan Pertanian Baik kepada agen pengembangan di peringkat daerah dan kepada golongan sasar bagi aktiviti tertentu

Memberi khidmat kepakaran di dalam perancangan dan penyediaan program pengembangan dan bertanggungjawab di dalam merangka program pengembangan tahunan Jabatan dan pelaporan pelaksanaannya

Sebagai badan penghubung teknologi pertanian di antara badan-badan penyelidikan dengan masyarakat tani dan sebaliknya dan mengenalpasti keperluan maklumat khususnya kepada Bahagian Penyelidikan

Halatuju

Mengintensifkan penyampaian perkhidmatan pengembangan jabatan agar memenuhi keperluan kumpulan sasar dan berimpak tinggi dalam pembangunan pertanian dan masyarakat tani.

Galeri Gambar