Garis Panduan Halal boleh diakses di pautan berikut.
Pendaftaran Halal boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut.
Laman web boleh di layari di pautan berikut.
Data Sijil Pengesahan HALAL, Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Sabah .
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.
Permohonan dan garis panduan MeSTI boleh dibuat secara atas talian di panduan berikut.
Laman web boleh di layari di pautan berikut.
Data Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) [sehingga 2022] -Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Sabah .
Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Bermula pada 19 April 2001, Skim Pensijilan HACCP telah dilancarkan secara rasmi dan objektif Skim ini adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP bagi produk makanan mereka.
Laman web boleh di layari di pautan berikut.
Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.Skim Pensijilan GMP telah dilancarkan untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem GMP di premis makanan.
Laman web boleh di layari di pautan berikut.
Data Pemegang Sijil Good Manufacturing Practices (GMP) [ Sehingga 2022], Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Sabah .